Friday, February 15, 2008

Puding Roti


Uihh... lamanya saya tak update blog yang ini. Bukan tak masak.. tapi kurang mencuba resepi baru. Minggu lepas, sedara dari Tgg datang ke rumah saya. Bimbang laparr, saya beli roti bantal Gardenia. Beberapa hari lepas tu, saya terbeli lagi sebantal. Sudahnya ada 2 bantal yang sekeping pun tak berusik. Sayang nak buang. Nak makan sampai 2 bantal tak lalu rasanya. Jadinya saya buat Puding Roti. Memandangkan hajat saya nak beli oven belum kesampaian, saya buat versi kukus.

At first, saya bercadang nak guna nnisang kerek as pemanis tapi malaslah pulak nak parut atau cairkan. Saya guna gula perang saja. Tebby kata, kalau guna brown sugar, layaklah namanya Puding Roti.. ala-ala mat salleh gitu. Kalau guna nnisang kerek, alamatnya eloklah dinamakan Koleh Roti Bata (bata = bantal in Terengganuspeak)

So here goes...

  1. Roti putih - 6-8 keping. Buang kulit tepi.
  2. Mentega
  3. Susu segar - 3-4 cawan
  4. Gula perang - 1-2 cawan
  5. Telur - 2 biji
  6. Epal hijau - 1 biji. Kupas, buang biji dan dadu kecil
  7. Kismis - secukup rasa (saya guna sunmaid hitam)
  8. Esen vanila - 1 sdt
  • Sediakan kukusan dengan api sederhana.
  • Campurkan susu segar, gula, perang , esen vanilla dan telur dalam mangkuk. Pukul sedikit hingga sebati.
  • Sapukan mentega pada roti putih. Sapukan nipis sahaja. Potong-potong roti menjadi cebisan kecil.
  • Rendamkan roti dalam bancuhan susu dan biar lembut.
  • Masukkan kismis dan epal ke dalam bancuhan.
  • Masukkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus. Lengserkan sedikit mentega supaya kuih tidak melekat.
  • Kukus 20-45 minit, bergantung kepada saiz loyang.
  • Setelah masak, sejukkan dan kemudian pindahkan ke dalam peti sejuk.

Anak suka.. Ibu setuju. Abah pun kata sedap. Abahnya is not a dessert guy. Kalau dia puji sedap tu, maknanya sedap betullah tu. Acecewahhh... apa kata orang ni.. masuk bakul angkat sendiri!

No comments: