weekend lepas kononnya nak memasak. buka-buka freezer, alamak.. ada udang dengan chicken breast aje. nak pegi membeli, malas lah pulak. sudahnya masak ajelah apa yang ada. udang saya masak seperti entry sebelum ni. ayam pulak saya buat AYAM SOS TIRAM.
Bahan-bahan:
1. 1 1/2 Dada ayam - potong serong setebal kira-kira 1/2cm, basuh, tos dan dengan menggunakan tuala dapur, keringkan sedikit air daripada potongan ayam
2. 1 biji telur
3. 4-5 titik sos Worchestershire
5. Tepung jagung
6. 5 ulas bawang putih - hiris nipis
7. Halia - hiris nipis
8. 1/2 biji bawang besar - hiris melintang
9. 2 sudu besar sos tiram - dibancuh dengan 1/2 cawan air
10. 1/2 kiub ikan bilis
11. Garam - jika perlu
Cara-cara
Penyediaan ayam
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau perlahan.
- Masukkan sos Wochestershire, kacau sebati
- Masukkan potongan ayam dalam bancuhan telur tadi dan gaulkan.
- Angkat ayam dan gaulkan dengan tepung jagung (tak perlu bancuh dengan air) sehingga 'well coated'.
- Goreng hingga kekuningan. Goreng sedikit demi sedikit bagi mengelakkan ayam menjadi 'soggy'.
- Angkat dan toskan.
Penyediaan sos
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau dan 'translucent'.
- Masukkan sos tiram. Biarkan mendidih sedikit.
- Masukkan kiub ikan bilis dan kacau rata.
- Masukkan garam, jika perlu.
- Siram di atas kepingan ayam yang telah digoreng.
- Hidang segera bagi mengekalkan kerangupan ayam.
Jika suka pedas, bolehlah ditambah cili. Anak sulung saya tak makan pedas, jadi saya tak masukkan cili.