Monday, June 11, 2007

Udang Masak Lemak




Bahan-bahan
1. Udang - 1 kg - bersihkan tanpa buang kulit.
2. Bawang putih - 5 ulas - A
3. Bawang merah - 5 ulas - A
4. Kunyit hidup - 1-1.5 cm - A
5. Cili - Secukup rasa - A
6. Serai - 2 batang - titik
7. Asam - 1 keping
8. Santan - 2-4 cawan dari sebiji kelapa
9. Sedikit air
10. Gula & Garam


Cara-cara
- Kisar bahan A bersama-sama.
- Masukkan bahan A dalam periuk dan renehkan sebentar kira-kira 10 minit di atas api kecil.
- Masukkan santan dan biar mendidih. Kacau sekali-sekala bagi mengelakkan bergentel.
- Masukkan udang.
- Masukkan gula dan garam.
- Biarkan mendidih 5-10 minit. Kacau sekali-sekala dan masukkan asam keping.
- Sedia dihidang.

TIPS: -
Biasanya saya beli santan yang siap diperah di pasar-pasar. Semalam bapak saya beli kelapa parut. Min-Alif-Lam-Sin punya pasal, saya masukkan dalam blender dan tambah air. Blendkan sekejap, pastu tapis untuk santannya. Senang kan.


3 comments:

Farra Da Smiley said...

kak, tu bukan malas
sy buat gitu gak utk dpt santan lebih pekat/byk

aNIe said...

Ummi...kak lady dah browse semua resepi ummi...alamak buat kecur airliur lah...rajin sungguh ummi ni...ada jugak resepi2 yang kak lady ambil buat simpanan kak lady...

Bertuah ummi dpt hubby yang rajin ke dapur...& bertuah hubby tu dpt ummi yang rajin memasak....

ummi said...

farra ~ eh ye ke? akak buat mmg out of kemalasan. tak tau pulak dapat lagi banyak he he

kak lady ~ selamat singgah ke blog saya yang tak seberapa nih. sila-sila kalau nak copy pun tak apa. berkongsi maklumat gitu.