Monday, August 24, 2009

Bowtie In Mushroom Sauce



Ini untuk Kakak berbuka puasa. Walaupun terpaksa masak nasi berlauk juga, tetap layan. Buat motivasi berpuasa. Kalau sebelum-sebelum ini saya buat yang berkuah tomato, this time guna mushroom sauce.

Senang bangat sebab guna readymade sauce. For bolognese, I prefer San Remo. Tapi aritu tawaf Jusco takde pulak sos brand San Remo so rembat ajelah apa yang ada. Ambil Dolmio. Mushroom pulak brand Rex. Already sliced. Lagi memudahkan kerja ku he he.

She likes it to bit. Asyiklah memuji. Mana tak kembang maknya..

Bahan-bahan
1. 1 mangkuk kecil bowtie pasta kering - Didihkan air. Masukkan minyak masak dan garam sebaik air mendidih. Masukkan pasta dan rebus selama 12 minit (ikut arahan) tapi tambah 5 minit lagi supaya lebih lembut. Angkat, lalukan di air sejuk dan toskan. Set aside.
2. 1/4 bawang besar - dadu halus
3. 2 bawang putih - hiris nipis
4. 3-4 suduB sos Mushroom & Herb
5. 2-3 suduB sliced mushroom
6. Sedikit daun parsli - saya guna dried parsley flake

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali.
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi tetapi tidak garing.
- Masukkan sos Mushroom & Herb serta sedikit air. Biarkan mendidih 2-3 minit.
- Masukkan sliced mushroom. Gaulkan dan biarkan kira-kira 1-2 minit lagi.
- Tuangkan sos ke atas pasta tadi.
- Hiaskan dengan daun parsli.
- Ready to serve!
the sauce I used. Dolmio.
sliced mushroom from Rex

Saturday, August 22, 2009

Ayam Goreng Pedas


Bibik ku tak makan ikan. Kurang gemar. Kami pulak suka makan ikan. Kena jugaklah stock-up fridge dengan ayam dan daging. Untuk dia, saya siapkan Ayam Goreng Pedas. Ini pun resepi mudah.

Bahan-bahan
1. 3 keping dada ayam - potong kecil, basuh dah toskan. Perapkan bersama-sama sedikit garam dan kunyit selama 10 minit.
2. 3 suduB bawang kisar
3. 2 suduB cili boh
4. Gula
5. Garam
6. Asam keping

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Gorengkan ayam di atas api sederhana hingga 1/2 masak.
- Angkat ayam dan ketepikan.
- Kurangkan minyak. Tinggalkan kuantiti yang sesuai untuk menumis.
- Tumis bawang kisar hingga wangi.
- Masukkan pula cili boh. Masukkan sedikit gula. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan garam. Biar mendidih.
- Masukkan ayam dan asam keping. Tutup kuali.
- Didihkan hingga ayam masak dan kuahnya pekat.
- Ready to serve!


Daging Goreng Berkacang


Easy peasy recipe. Bulan puasa ni saya mahu sederhana saja. Sepertimana juga bulan-bulan bukan puasa. Yang penting, saya mahu meminimakan pembelian makanan dari luar seboleh mungkin.

Bahan-bahan
1. Daging - dihiris nipis, basuh dan toskan airnya
2. Bawang kisar*
3. Cili boh*
4. Garam*
5. Kunyit serbuk*
6. Kacang panjang - dipotong

Cara-cara
1. Daging digaul dan perap dengan bahan bertanda * selama kira-kira 10 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
3. Gorengkan daging yang diperap tadi. Biarkan sehingga airnya keluar dan sedikir tersejat.
4. Tambahkan sedikit air lagi dah biarkan mendidih.
5. Masukkan kacang panjang, gaulkan. Gorengkan 2-3 minit.
6. Tutup api.
7. Ready to serve!


Thursday, August 20, 2009

Mee Goreng Hailam



Semalam saya berpuasa. Tekak terasa tak nak makan nasi untuk berbuka. Fikir punya fikir, teringat ada mi kuning dalam fridge. Cadangnya nak singgah Jusco atau Econsave beli pasta dengan sos. Ini untuk Kakak. Lately ni dia tak nak makan nasi pulak. Tapi saya sampai lewat semalam. Dekat pukul 7.00 mlm baru sampai rumah. Jadinya semua orang terpaksa berpuas hati dengan mi saja.

Waktu lunch semalam sempat saya menelek-nelek web, cari resepi untuk mi. Yang mudah lah. Sudahnya saya berkenan dengan Mee Goreng Hailam. Untuk cuci-cuci mata, bolehlah berkunjung ke trymasak di sini.

Bahan-bahan
1. 1 bungkus mi kuning - cuci dan toskan
2. Sedikit dada ayam - potong dadu
3. Sedikit udang saiz sederhana
4. Sedikit sotong
5. Sawi
6. 1 suduB kicap cair
7. 1 suduB kicap pekat
8. 1 suduB sos tiram
9. 1 suduB stok ayam - semalam saya guna stok ayam maggi aje. stok yang buat sendiri dah habis untuk Wantan Nudle yang saya buat sebelum ni.
10. 3 suduB bawang kisar
11. 1 biji cili besar - hiris (untuk hiasan)

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang kisar.
- Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau seketika. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
- Masukkan pula sos tiram dan sos ayam. Didihkan sehingga ayam, udang dan sotong masak.
- Masukkan mi kuning dan sawi serta kicap cair dan kicap pekat.
- Goreng sehingga masak.
- Ready to serve!

Tuesday, August 18, 2009

Wantan Nudle


Walaupun Tebby tak menggemari pasta macam Kakak dan Iman, they have one thing in common. Semua orang suka sup. Abah suka, Ummi suka, Kakak suka, Iman suka, Adam suka. Bibik Ros pun terpaksa suka jua.

Itupun.... kalau buat sup ayam makan sama nasi, Kakak tak berapa suka tapi abahnya suka. Mengadap tu aje pun takpe. Cicah roti putih pun takpe. Tapi, kalau buat mi sup, seme orang suka. Atau wantan mi sup. Seme orang suka. Yang paling suka ialah saya. Sebab? Sebab pertamanya nak buat sup ni senang la amat. Keduanya, pada kebanyakan masa, mesti habis. Ketiganya, sup ni makin banyak kali dipanaskan, rasanya makin sedap.

Macamana kalau tiba-tiba weekdays, tiba di rumah dah jam 8.00 malam, anda belum solat maghrib dan tiba-tiba suami dan anak-anak anda mengundi untuk makan mi sup? To start from scratch memang leceh. Ntah-ntah by the time siap masak, anak-anak dah tarik bantal nak tidur kan. Mana nak buat kuahnya lagi, nak rebus telur lagi, nak siang sayur lagi etc. Saya punya cara senang aje. Prepare the stock beforehand and freeze it. Oh ya, ni sebab nombor empat kenapa saya suka prepare sup. Bila dah ada stok, cepat aje yang lain selesai.

Macam kejap tadi, masuk rumah, jawab soalan anak-anak, dukung Adam kejap,.. then masuk dapur ambik stok ayam beku. Masukkan dalam periuk, buka api kecik, pesan sama Bibik Ros mintak rebuskan telur 3 biji, rebus keras. then zassss pegi mandi dan solat. Siap solat maghrib (kami selalunya makan dinner lepas solat Isya'), saya edjas-edjas rasa sup. Tambah sawi sikit. Lepas tu saya celurkan mi wantan 4 ketul. Mintak Bibik Ros potong cili mata burung barang 4-5 biji. Campur dengan kicap, letak asam limau sikit. Memandangkan anak-anak masih kecik, kalau nak ada unsur-unsur pedas melampau, kenalah buat sambal berasingan.

Kakak suka. Abah makan bertambah. Iman dengan Adam sampaikan berebut mangkuk. Tanya Bibik Ros kamu makan ini Ros? Makannnnnn, jawabnya. Ummi lega dan suka. Itulah nikmat memasak untuk keluarga. It feeds your stomach as well as your feeling.

Resepi? Ni... senang aje...

Bahan-bahan dan cara-cara
Untuk Stok
1. 1 keping dada ayam*
2. 1 labu bawang putih - tak perlu kupas, bersihkan dengan kulit-kulitnya dan biarkan ia dalam bentuk 'se-labu'nya*
3. Beberapa hiris halia*
4. Segenggam sawi
5. Salt and pepper to taste

- Satukan bahan bertanda * dalam periuk. Masukkan air secukupnya untuk stok dan rebus atas api kuat 10-15 minit dan simmer 10-15 minit lagi.
- Tutup api, buang halia dan bawang putih.
- Carik halus dada ayam dan satukan semula dalam stok.
- Satukan carikan dada ayam dengan stok, didihkan atas api kecil.
- Masukkan garam dan pepper. Biarkan rasanya garam 'mesra' dengan stok
- Masukkan sawi dan tutup api bila sawi mula layu

Untuk Mi
1. Sepeket mi wantan - it usually comes in 4 pcs
2. 1 suduB minyak zaitun
3. 1 suduT minyak bijan - optional sebab ada orang tak sukakan baunya

- Celur mi wantan dalam air mendidih hingga lembut. Kira-kira 3-5 minit.
- Tapiskan dalam bakul/bekas berlubang. Lalukan air sejuk sambil 'mengirai' mi agar elok terlerai.
- Gaulkan dengan minyak zaitun dan minyak bijan

Untuk Garnishing
7. 3 biji telur ayam - rebus keras, belah 2 atau 4 ikut suka
2. Bawang goreng - jika suka

Untuk Sambal Kicap
1. 1 suduB kicap pekat manis
2. 1 suduB kicap masin cair
3. 5 biji cili burung - hiris halus
4. Sedikit jus limau nipis
Semua bahan di atas disatukan

Kemudian letakkan mi wantan dalam mangkuk, sendukkan kuah secukup rasa. Letak telur rebus, tabur bawang goreng. Kalau nak kick lagi, tambah sambal kicap.

Nota:
1. Daun bawang dan daun sup juga boleh dibuat garnishing. Kat rumah saya stok dah takde.
2. Mi wantan boleh didapati dalam bentuk 'basah' atau 'kering'. Boleh cari di Tesco, Carrefour atau Jusco. Mungkin tempat lain pun ada tapi selalunya saya beli di 3 tempat ni. Untuk yang kering, selalunya diletakkan bersama-sama mihun, mi telur dan sebagainya.
3. Stok ayam saya buat masa wiken. Saya rebus dan carikkan dada ayam. Seterusnya masukkan dalam bekas bertutup dan bekukan.


mi wantan, sebelum dicelur.
ni gambar lama, back in 2005.

frozen chicken stock melting
ni pun gambar lama
tadi tak ingat nak berposing bagai

antara sampel stock yang saya pernah buat dulu.
yang ni sejarah tahun 2006.
stok ayam.
yang ini saya tambah carrot dan celery

Sunday, August 16, 2009

Fishball Soup


We had this for lunch as one of the lauk-pauk's. It has a looooonnnngggggg history in our household. I had an entry on this on 31st January 2007. So, it has been like more than 2 years already. And yet it never fails to please our tastebud (sebenarnya makcik puji-pujian masakan sendiri ahaks!).

Kalau dalam entry waaaayyyyy back in 2007 tu I used the fish paste bought from Pasar Sungei Besi, this one uses homemade fish paste. Sebenarnya malas nak tunggu pakcik tu mengikis, menumbuk, dan bermacam-macam prosedur lagi. See, the humble fish paste sebenarnya melalui bermacam-macam proses. So, we bought seekor tenggiri papan (yes people...seekor). It cost us RM22.00. Asked the pakcik to separate the sides into 2 fillets and separating the tulang tengah from the meat. I took the bone as well as the kepala. In fact yang kena buang was the taik only lah. So back home I used the not-so-sharp small knife and kikis the isi away from the kulit. Blend it in food mixer with some salt-n-pepper as well as a little corn flour. Sangat sikit okay. Don't over do it, nanti the ball rasa macam getah, keras dan kenyal. Manakala tulang dan kepalanya, rebus dengan bawang putih dan halia secukup rasa. This is for the kuah.

Now, recipe. Easy peasy sangat tau.

Bahan-bahan
1. Fish stock (as I related panjang lebar kat atas nun)
2. Fish balls - use the fish paste as mentioned above, golekkan menjadi bebola kecil
3. Carrot - cut into small wedges
4. Potato - cut into small cubes
5. Ginger - slice thinly
6. Garlic - slice thinly
7. Salt and pepper to taste

Cara-cara
- Heat a small amount of oil in a pot
- Sautee ginger and garlic until fragrant
- Add carrot and potato, fry for a while
- Add fish stock and bring to a boil. Let it boil for 10 minutes.
- Add fish balls, lower down the heat.
- Add salt & pepper to taste. Simmer for another 5-10 minutes
- Ready to serve!

Nota: -
1. Gambar di atas adalah lunch pada hari ini. Yang ini saya tambah suun. Yang ni saya tak campur carrot or potato. Nampak pucat je kan.
2. Gambar di entry 31 January 2007 pulak, dinner pada 31 January. Yang ini pula saya makan dengan mee. Ada carrot dan potato. Berseri sikit rupanya.

Pegaga Shake


Blend pegaga with cold milk for a refreshing Pegaga Shake.
I had to leave it to room temperature tho.


Ayam Goreng Ala China

Kalau semalam saya dah cuba Ayam Tumis Asam daripada mukasurat 21 Buku Masakan Wanita Malaysia dan Singapura, hari ni saya buat Ayam Goreng Cara China, daripada mukasurat 54 pula. Ni special request dari En Tebby.

Memang berlainan rasanya daripada yang diperap dengan rempah ready-made McCormick dulu tu. En Tebby prefers this kind. Cuma lebih leceh dari McCormick sebab ada acara hiris menghiris, sukat menyukat dan salut menyalut. Takpe lah kan. As long as our cooking orang suka *jeling orang sebelah*. Plus, this one is waayyyyyy cheaper too. Tak ada ingredients pelik-pelik. Basically semuanya menggunakan bahan-bahan yang commonly memang dah ada di rumah kita. Kicap, garam, gula, antaranya. Proses pemerapan bermula malam semalam lagi. Orang kampung saya kata rasanya akan 'lebih mesera' (lebih mesra) antara perapan dan bahan yang diperap. Pagi ini cuma gorengkan saja.

Saya cuma buat 7 kepak saja. Itu saja kepak yang ada dalam freezer saya. Lagipun sesi mencuba kan. Kang kalau perap banyak-banyak and tak menepati selera, sapa pulak nak makan, kan.

Here goes the recipe. Saya tak ikut resepi asal 100%. Ubahsuai dengan selera orang-orang kat rumah ni.


Bahan-bahan
1. Kepak ayam - 7 keping, dibersihkan dan toskan air
2. Halia - hiris nipis dan halus *A
3. Daun bawang - hiris *A
4. 1 suduB kicap pekat *A
5. I suduB kicap cair - saya guna cap 'popo' *A
6. Gula *A
7. Garam *A
8. Lada Sulah *A
9. 1 kuning telur **B
10. 2 suduB tepung jagung **B


* A - Untuk perapan
**B - Untuk menggoreng


Cara-cara
- Perapkan kepak ayam dengan bahan *A selama sekurang-kurangnya 6 jam. Simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk.
- Pukul kuning telur dan tambah tepung jagung. Jadikan pes yang pekat.
- Lumurkan kepak ayam yang telah diperap dalam pes tepung jagung+kuning telur.
- Goreng dengan api sederhana kuat. Saya tutup kuali untuk mendapatkan teksture yang lembut dan lembap.

Di bawah ini pula gambar menu sarapan kami pagi ni. Sempoi aje. Mee Goreng (Tebby buat), Kepak Ayam Cara China dan Kepak Ayam McCormick (direct sungguh comparison kan). Airnya pula Teh-O. Untuk Mee Goreng, sedap dijodohkan dengan keropok keping. Semuanya disediakan dengan penuh kasih sayang!




Saturday, August 15, 2009

Ayam Tumis Asam

If Kakak suka pasta, it's just not Tebby's cuppa. Nak makan sikit-sikit, rasa-rasa gitu-gitu je boleh lah. Before preparing spaghetti for Kakak, I did Ayam Tumis Asam. I think it's actually asam pedas. But since the original recipe says so, Ayam Tumis Asam then.

This recipe is actually taken from my mom's book, which I took from her, which she bought sometime in the 70's. My father was furthering his study then in USM. The book was bought in USM's bookshop. There's 2 actually. This one is more on lauk pauk whereas the other on kuih-muih. So, nengok ajelah rupanya buku zaman dolu-dolu.

It turned out okay. Just that Tebby did not like its thick gravy. The rest was okay. So, here goes the recipe..

Bahan-bahan
1. 1/2 ekor ayam - sesuai lah dengan isirumah kami yang tak seberapa ni kan. potong kecil dan bersihkan.
2. 1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3. 1 batang serai - titik
4. 6 biji bawang merah*
5. 4 biji bawang putih*
6. Kunyit*
7. Lengkuas*
9. 2 suduB cili boh
10. Sedikit belacan*
11. 2 batang serai*
12. Daun kesom
13. Garam
14. Gula
15. Asam jawa

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak
- Campurkan bahan kisar dengan cili boh - bahan tumis
- Tumiskan bahan tumis bersama-sama bunga kantan dan serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak. Jika terlalu pedas, boleh tambahkan sedikit gula.
- Masukkan ayam. Masak seketika, anggaran 5 minit hingga air keluar dan ayam sedikit masak
- Ramas asam jawa dengan sedikit air. Ambil airnya sahaja.
- Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
- Masukkan 1/2 dari daun kesom.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Didihkan atas api perlahan hingga masak. Saya didihkan anggaran 20-20 minit.
- Tutup api dan masukkan lebihan daun kesom. Tutup periuk/kuali sebentar.
- Ready to serve!



Spaghetti Bolognese

Kakak, she loves spaghetti. So far dia cuma makan yang bersos tomato sama minced-beef sahaja. I haven't tried yang guna cream tu.

Today dia tak nak makan nasi for lunch. Well, actually she had rice for breakfast already. So spaghetti then.


Bahan-bahan
1. 1/2 packet spaghetti - I used vermicelli type. Brand San Remo. Celur dalam air mendidih (dicampur dengan sedikit minyak masak) sampai lembut.
2. 1/2 packet minced beef - I used Ramly's.
3. 1/2 bottle pasta sauce - I used San Remo's as well.
4. 1/2 can mushroom
5. 3 garlic - slice thinly
6. Salt & sugar to taste


Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak zaitun.
- Tumis bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan minced beef. Biarkan airnya keluar, didihkan sebentar.
- Masukkan pasta sauce. Didihkan sebentar.
- Masukkan pula mushroom, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Didihkan sedikit lagi.
- Ready to serve!



Nota: -
1. I personally prefer vermicelli type than the usual spaghetti. Lebih halus, lebih cepat dimasak.
2. I also personally prefer San Remo's pasta sauce than Prego. Prego is too masam to my liking. Jenuh nak adjust rasanya.
3. For other San Remo's products, refer here. Banyak betul jenis pasta. Certain types sesuai utk certain kind of cooking.







Carrot Susu+Tomato


Sebatang carrot diblend dengan segelas susu.
Dicampur sebiji tomato dan sesudu gula.
Too bad I still can't take ice.

Friday, August 14, 2009

Oren+Carrot=?




oren + karrot

okar?

orrot?

renkar?

renrot?

karo?

karen?

roto?

roren?

Apa pun, I made this pagi tadi. Blend sebiji oren sama sebatang carrot. Campur sesudu gula. Dan air masak.

Bihun Goreng


Kakak kata dah boring makan nasi. Bukan boring makan ye.. boring makan nasi. Meaning, nak makan benda lain pulak. Since today, saya arahkah dia memonteng sekolah (H1N1 wooo), maknanya dia akan berada di rumah sepanjang hari. Jadi saya pun masaklah Bihun Goreng, instead of the usual lauk. Esok dia dah request masak spaghetti pulak. Layannn..

Easy peasy je kan. Tak perlulah resepinya. Takde rahsia2 pun.. Saya goreng satu bungkus besar. rencahnya udang dengan ayam. Campur sawi sikit. En Tebby komplen takde keropok. Kalau En Iman tu, keropoknya dibuat sudu. Abahnya le yang ngajor.

Untuk memudahkan kerja dipagi Jumaat nan hening (macam le pagi lain tak hening kan), rencahnya (in this case udang dan ayam), saya dah pack kan siap-siap dalam small containers. Satu container just enough utk sekali masak. Maknanya saya letakkan beberapa ekor udang yang dah siap siang dan jugak ayam yang telah dipotong dadu kecik-kecik dalam satu bekas. Masuk freezer. Malam tadi saya turunkan belah bawah fridge. Pagi ni dah sedia utk digoreng. Bilas dulu ye puan-puan.


Thursday, August 13, 2009

Kepak Ayam McCormick


Nak makan chicken wings yang sedap dan senang dibuat? Do it like me, Mc Cormick style. Apa tak senangnya, marinate aje, then goreng :P

For that packet (kecik aje packetnya), I marinated 14 wings. Since I did the marinating on Sunday and was not sure when I can goreng it during weekdays, and since I don't need 14 wings at one go here's what I did: -
1. Keep them in covered container. In each container, I put 7 wings, just enough as accompaniment with Nasi Goreng or Bihun Goreng.
2. Keep them in freezer.
3. Kalau agak-agak nak makan the next day, turunkan masuk fridge belah bawah. By the time balik kerja, already thaw and ready for frying.

Btw, it also comes in original (the one shown here is 'garlic & herbs' version). We have tried both and both sedap. To our tekak lah.

It says (at the back of packet), to roast/bake/grill the wings but since I do not have the oven to roast or bake and neither do I want to berasap-asap grilling on stove-top, just goreng then. Api kecil je ye puan-puan. Sila tutup kuali agar lebih sedap dan ayam tak kering.




Nota: -
For other McCormick spice, seasonings and recipe, refer here.



Ikan Merah Masak Lemak Pedas-Pedas Manja

Pagi semalam tak sempat masak. Terbangun lewat. Pesan sama Bibik Ros tolong buatkan sup tauhu jepun. Campurkan kentang 4 biji. Adam suka makan nasi dengan kentang. Kakak pun sama. Si Kakak, makin menembun, makan pulak karbo banyak. Dulu hobinya makan telur. Telur pagi, telur siang, telur malam... telurrrrrr ajelah. Tak mainlah beli pack kecik-kecik tu.. beli satu tepek yang 30 biji terus. Tu pun saya sorokkan sikit kat dalam stor.

Pagi tadi pun bangun agak lewat. Kes tukar henfon, salah setkan jam. Rupanya terlewat 10 minit dari waktu sebenar! Itu alasan saja sebenarnya. Saya dah terjaga jam 5.00 pagi tapi lelap semula. Tapi sempat jugaklah masak Ikan Merah Masak Lemak. Ni untuk Adam. Kakak lagi suka ikan goreng daripada ikan yang digulai-gulaikan. Iman suka telur goreng, still. Bibik Ros saya tu tak makan ikan taw. Ikan laut lah. Nasi pulak ada lebihan malam semalam, panaskan aje.

Nama resepi ni saya letakkan Pedas-Pedas Manja kat belakangnya sebab kuantiti cilinya amat minima. Adam suka makan nasi berkuah. This is is done with him in mind. Kalo letak cilinya ikut tekak orang dewasa, haruslah Adam cirit barang sehari dua nanti.

Here goes another resepi sempoi..

Bahan-bahan
1. Ikan merah - 2 keping saiz sederhana
2. Bawang putih - 3 biji *
3. Bawang merah - 2 biji *
4. Cili - 1 biji * (very mild... so Adam buleh makan jugak nanti)
5. Kunyit hidup *
6. Santan
7. Asam keping
8. Garam
9. Serai - titik

Cara-cara
- Kisar bahan bertanda * bersama sedikit air
- Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambah serai dan didihkan
- Masukkan ikan merah dan biarkan sebentar
- Masukkan santan dan didihkan di atas api sederhana. Sentiasa kacau-kacau kan supaya tidak bergentel. Masukkan asam keping.
- Masukkan garam. Saya prefer garam kasar.
- Didihkan sehingga santan dan ikan cukup masak.
- Ready to serve


Nota :-
Jika suka, boleh tambahkan tomato segar sebagai pengganti asam keping.
Garam kasar, saya blendkan bersekali bahan bertanda *


Nota tambahan :-
Gambarnya comot bukan main. Main snap hak dalam periuk je u olsss... takde masa nak berhias dalam mangkuk bagai he he





Yang ni pulak.. promosi tak berbayar. Jagalah kesihatan dan diri anda. Sebiji fragrant pear yang manis dan harum. Sebekas besar jus pegaga+carrot. Kalau balik awal hari ni, makcik nak melulur badan. Hampas pegaga dan simpan elok-elok dalam fridge.

Wednesday, August 12, 2009

Jus Pegaga


Masa berpantang bersalinkan anak no 1 dan 2, towards the end of confinement tu, ada sorang nenek kat kampung tu suruh minum air pegaga. Campur dengan garam jantan katanya. Nak minum tu kena berdiri. Tekan ibujari kaki kanan atas ibujari kaki kiri (ke terbalik? tak ingat). Berpantang anak ke 3 kat KL. Sendiri-sendirilah pandai-pandai jaga diri. Pegaga buat ulam je. Takde jus-jus ni.

Baru-baru ni ada member ofis kempenkan minum jus pegaga. Bukan, dia bukan dealer apa-apa kordial atau jus pegaga. Cuma memanjangkan tips. Katanya ada sorang kakak yang she deals with ni, umurnya dah 40-an, anaknya 5. Badannya? Mantapp!! Antara yang diamalkan ialah jus pegaga.

Ha... apa lagi. Lately ni pulak saya rasa huduh. Betul,.. tak tipu. Sebelum ni pun mungkin saya dah huduh tapi takde masa nak belek diri jadi tak perasan kehuduhan itu. Jadinya, pantang pi kedai runcit ke, jusco ke, econsave ke, tesco ke... haruslah ku sambar pegaga barang secekak dua. Setakat ni takde lagilah kejadian pegaga jadi jus dalam fridge (sbb simpan lama). Semua sempat diblend jadi jus pegaga segar.

Yang kali ini, saya campurkan carrot dan sedikit madu. Sebenarnya, even pegaga on its own not too bad lah rasanya. Takdelah kelat2 sangat atau pahit2 sangat (mungkin sebab saya biasa makan ulam). Saya pernah buat jus pegaga+garam, pegaga+susu, pegaga+gula. Semua saya on je.

Nak membuatnya senang ya amat (buleh le cakap senang sebab dah ada orang tolong basuhkan blender). Basuh pegaga bersih-bersih. Akarnya jangan buang. Blend sampai hancur. Ikut suka lah nak tambah apa. Carrot ke, timun ke, lemon ke. Pastu minum lah. Rasa segar badan tau. Hampasnya jangan buang. Buleh buat scrub badan atau muka. Saya tempel atas muka, hilang blackhead atas hidung saya yang sekian lama dok menenggek kat situ. Yang degil-degil tu kena picit sikitlah,.. tapi senang je. Atau campurkan dengan apa-apa lulur (saya guna bedak Bunga Tanjung), pastu lulurlah badan.

Selamat mencuba!

Tuesday, August 11, 2009

Udang Sweet Sour


Menu hari ni untuk lunch ialah Udang Sweet Sour dan Ayam Goreng. Untuk dinner (dan saya berbuka puasa nanti), saya plan nak buat Mee Wantan.

Seperti semalam, jam 5.15pagi saya dah menyanggul rambut untuk memasak di dapur. Bibik Ros pulak sibuk menyapu dan mengemop lantai. Dek sebab saya dah ada menu, maka senang kerja saya. Malam tadi sebelum tidur saya dah keluarkan ayam dengan udang dari freezer untuk di-thaw-kan. Ayam dengan udang (dan bahan-bahan lain), saya dah letakkan dalam bekas-bekas dengan anggaran 'sekali masak' setiap satu. Maka tak perlukan thawkan 1kg udang sedangkan nak pakai cuma 3-4 ekor sebagai rencah kan?

Jam 5.45 pagi saya dah siapkan Udang Sweet Sour dan sudah garam-kunyit-kan ayam untuk Bibik Ros goreng kemudian.

Oh ya, saya bersahur ala kadar dengan sandwich telur sama segelas susu dan air masak. Juga segolek jamu.

Resepi? Senang sangat, segan nak share. Tapi bubuh aje lah kan..

Bahan-bahan
1. Udang
2. Bawang putih - hiris nipis
3. Halia - hiris nipis
4. Tomat0 - potong into 8 wedges, bergantung kepada saiz tomato
5. Sos tomato
6. Sos cili
7. Sos tiram
8. Garam & gula

Cara-cara
- Lumurkan udang dengan sedikit garam.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng udang hingga separuh masak. Angkat.
- Panaskan kuali. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Sos tomato sedikit saja sebab nanti nak masukkan tomato fresh. Tambahkan sedikit air dan kacau hingga mendidih. Kalau nak kuah banyak, masukkan lebih air.
- Masukkan semula udang tadi bersama-sama dengan tomato. Kacau hingga udang masak.
- Ready to serve!

Monday, August 10, 2009

Kerutup Telur & Kentang

ya ampunnnn... comot amat.
ambik gambo direct dalam periuk.


Betul, saya sudah ada Bibik Ros, pembantu rumah yang mula bekerja dengan kami sejak 18 Julai 2009 yang lepas. Masak-memasak masih tugasan saya dan suami. Tidaklah 100%. Kadang-kadang anak-anak nakkan telur goreng waktu saya tengah melulur badan di bilik air, Bibik Ros saja yang gorengkan sementara saya gigih menyental apa yang patut.

Setelah MC saya habis (dan disambung cuti 2 hari), makanya hari ini, 10 Ogos 2009, saya mulakan semula kerja-kerja di ofis. Seronok sebenarnya duduk di rumah aje (ye lah.. Bibik dah ada, gaji pun on, sapa tak sedap kan?). Sebagai persediaan, saya dah siapkan menu untuk 5 hari. I am a simple person, makanya menunya pun ringkas aje.

Contohnya hari ini, sepatutnya breakfast Nasi Goreng Daging (lebihan dinner yang Tebby masak semalam) tapi saya dah makan licin semua waktu sahur tadi hu hu. Maka Iman, Adam dan Bibik Ros kenalah makan roti sama sosej. Trick saya itulah, untuk dinner saya masak banyak supaya ada lebih. Bolehlah buat breakfast. Dinner kami kebiasaannya bukanlah nasi berlauk lengkap tapi lebih kepada one-meal, contohnya Mee Goreng, Mee Wantan atau Nasi Goreng. Kiranya bersesuaian sebagai sarapan jugaklah.

Sebagai ibu bekerja, amatlah tak logik untuk saya balik dan masak untuk lunch anak-anak kan. Pagi tadi saya buat Kerutup Telur. Campur 3 biji kentang. Gatai nak buat padahalkan tak pernah sepanjang hayat setakat ni buat kerutup (tambah gatai bila tengok botol rempah dalam fridge masih tak usik-usik lagi isinya), dalam sejuk hening pagi tadi, kira-kira jam 5.15, saya membelek buku resepi. Jam 5.50 pagi, Kerutup Telur pun siap. Memandangkan En Tebby tengah occupy bilik air, saya masak nasi dulu. Eh, tak boleh, saya puasa, mana boleh mandi sama-sama suami lepas azan Subuh berkumandang *kenyit mata*. Saya pesan sama Bibik Ros, tengahari nanti, gorengkan ikan selar (yang saya sangkakan ikan kembung :P) yang saya dah garamkan siap-siap semalam.

I sound like a desperate mom, huh? I, for one thing, sangat percaya kisah-kisah disebalik air tangan ibu ni. So, expect more desperate entries from this one desperate mom okay.

Okay... okay. Banyak dah membebel. Resepi pulak.



Bahan-bahan
1. 4 telur ayam - rebus keras, kupaskan kulit.
2. 2-3 kentang - kupas dan potong dadu besar.
3. 2-3 suduB rempah kerutup - tambah sedikit air, jadikan pes pekat.
4. Sepeket santan (ampun tak tau berapa biji sebab beli dah peket)
5. Rempah 4-sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
6. 2 bawang merah, 3 bawang putih dan sedikit halia - hiris nipis
7. Garam & gula
8. Asam keping

Cara-cara
- Panaskan minyak, tumis rempah 4-sekawan hingga naik bau.
- Masukkan bahan yang dihiris (no 6), tumis hingga wangi.
- Masukkan pes rempah kerutup, gaulkan sebati. Pastikan jangan sampai hangit. Tambah sedikit air.
- Masukkan kentang dan tutup periuk.
- Bila kentang separa empuk, masukkan santan dan telur.
- Masukkan garam dan gula.
- Didihkan dan kacau supaya tidak bergentel.
- Masukkan asam keping.
- Didihkan sehingga kentang empuk.
- Ready to serve!

Friday, August 07, 2009

Lunch Hari Ini - Pucuk Kacang Stir Fry


First time masak ni. I bought just a bit of it knowing that orang lain tak makan sayur sangat. It is sold for RM6.00++ for a kg. Adik beradik taugeh and from the label, I got to know this is pucuk kacang. Kacang apa, I don't know lah.

Bahan-bahan
1. Pucuk kacang - basuh dan toskan
2. Cendawan enoki (saja suka-suka tambah) - lerai-leraikan, basuh dan toskan
3. Tauhu soya - hiris nipis atau dadukan. Saya hiriskan
4. Sos tiram
5. Bawang putih - lenyekkan

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak
- Tumis bawang putih hingga wangi
- Masukkan tauhu. Goreng sebentar.
- Masukkan pucuk kacang dan cendawan enoki.
- Goreng dengan api kuat sambil sentiasa mengacau.
- Masukkan sedikit sos tiram. Tambah sedikit air jika perlu.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.

Lunch Hari Ini - Udang Telur Masin


Udang Telur Masin. Recipe refer here.

Tuesday, March 10, 2009

I'm Still Here!

InsyaAllah saya akan mula mengemaskinikan semula blog ini dalam masa terdekat..