Friday, August 13, 2010

Ayam Bakar Kawin



First attempt nak buat Roast Chicken. Resipi ni hasil perkahwinan beberapa resepi yang saya jumpa kat internet. Nak ikut western 100% ku imagine cam bland, nak ikut easten sangat, suamiku tak berapa suka kalau berempah-rempah sangat.

Patutnya guna ayam sekor tapi tapi tak konfiden nak membakar ayam bulat sekor gitu. Ni kira guna 1/2 bird tapi version dah dipotong-potong. Kat dalam freezer ada version berkerat dah. Nak pegi beli ayam lain yang still intact, membazir la pulak kan. Jom jengah resipi


Bahan-bahan:
1. Ayam - 1/2 ekor (saya dah potong kecik)
Bahan 2-12 adalah bahan perap.
2. Jus lemon - 1 sdb
3. Kicap manis - 1 sdb
4. Kicap masin - 1sdb
5. Garam - to taste.. agak2 la sebab dah guna kicap kan..
6. Coarse peppercorn - few sprinkle
7. Nutmeg powder - few sprinkle
8. Rosemary - few sprinkle (saya guna yang kering)
9. Oregano - few sprinkle (again, yang kering)
10. Chilli flakes - few sprinkle
11. Bawang putih - 5 ulas, tumbuk kasar
12. Olive oil
13. Bay leaf - 2 helai
14. Butter - sedikit sahaja
15. Sayuran - lobak merah 1 btg, kentang 2 biji, tomato 1 biji, shitake mushroom 5-6 biji. potong kasar-kasar lobak merah dan kentang. Tomato belah 4, mushroom belah 2.

Cara-cara
- Lapikkan baking tin dengan aluminium foil.
- Masukkan sayuran dulu di sebelah bawah dan kemudian ayam di atas.
- Letakkan sedikit butter dan bay leaf kat celah-celah ayam. Sila alihkan bay leaf bila dah masak. The flavor will intensify with time.
- Bakar kira-kira 1 1/2 jam minit.





para sayuran.. carrot, potato, tomato and shitakii mushroom

bersedia untuk di bakar...

Wednesday, August 11, 2010

Sawi (Bok Choy) Bawang Putih


Mulanya nak buat guna kailan tapi setelah meronda JJ Balakong, Carrefour Bdr Tun dan 2 kedai runcit - kailan takde! So gunalah sawi kontot ni. Bok Choy ke apa namanya. Yang jenis batang putih tu.

Seikat kat Carrefour, ada 3 rumpun. Harga RM1.99.

Nak buatnya punyalah senang. Ceraikan batang-batang dari rumpun, bersihkan. Pastu celur sampai masak tapi masih rangup. Kalau ikutkan, lepas celur kena masuk dalam air sejuk / air batu tp takdelah kuasa pulak nak buat sampai gitu. Drain off excess water.

Pastu heat up 2 sudu besar oyster sause, campur air sikit. Then masukkan garlic (saya beli readymade from Carrefour). Biarkan mendidih kejap. Tak perlu tambah apa-apa perisa.

Tuangkan kuah oyster sauce atas sawi. Sedia di makan.


inilah rupa garlic readymade tu

Udang Garlic & Parsley


Ni lauk for iftar 1 Ramadhan tahun ni. Udang Garlic & Parsley. Easy peasy (mana ada masakan saya yang complicated kan.. semua mudah aje). Yang ini boleh buat in advance, perapkan. Dekat-dekat nak berbuka baru goreng..

Bahan-bahan
1. Udang - jangan buang kulit, cuma belah belakang dan devein.
2. Garlic steak seasoning
3. Parsley flakes
4. Chilli flakes
5. Peppercorn
6. Salt
7. Olive oil


Cara-cara
- Perap udang dengan bahan 2-7 selama 2-3 jam.
- Panaskan kuali dan gorengkan dengan api besar. Tak perlu letak minyak sebab dah ada olive oil.
- Makan dengan nasi panas-panas. Ratah pon sedap (like Iman did)


Tuesday, August 10, 2010

BBQ Lagik!

BBQ lagi ya puan-puan. Ni yang kami buat baru-baru ni. Lepas marinate dalam 4-5 jam, grill kan aje sampai masak. Beef tu memang sengaja buat nipis-nipis, nak cepat masak dan cepat makan...

BEEF (western) marinated in salt, garlic steak seasoning, black peppercorn, smoky BBQ seasoning and olive oil

BEEF (0riental) marinated in salt, garlic steak seasoning, fish sauce, sesame oil, sweet soy sauce and olive oil


SQUID marinated in salt, white pepper, garlic steak seasoning and olive oil

PRAWN marinated in salt, white pepper, lime juice, parsley flakes and olive oil



Saturday, August 07, 2010

Pulut Tanak


Ni pon my first attempt menanak pulut. Seperti biasa, bertanya sana-sini, cari dalam internet cemana nak tanak pulut. My mom kata air sikit dari nasi biasa. Tapi, how sikit is sikit kan? Saya pulak tak biasa masak nasi tenggek atas stove. Manjang guna rice cooker, jadi haruslah resepi yang dicari-cari pun kena guna rice cooker kan? Ada yang sajes saya kukus. Malas lorrr. Kalau rice cooker, basuh satu item aje lepas guna. Kalau kukus, kan kena cuci dua bahagian tu? Dasar pemalas ek? Bukan, nanti kesian Bibik nak kena mengemas mencuci segala.

Beras pulut yang ada kat rumah ni sebenarnya Tebby beli kat Danok masa one of his field trip dulu. Kiranya pulut diterbangkan khas dari Danok la ni. Sebelum bubuk makan (seperti yang pernah berlaku sebelum ini), baiklah saya yang makan dulu kan.


Rupanya senang amat. Kalau masak guna rice cooker, guna equal portion between beras dengan air. I made 3 cups pulut, guna 3 cups untuk menanak. Masuk dalam rice cooker, tekan butang 'COOK'. Once dan jadi 'KEEP WARM', kacau supaya rata dan tak melekat (periuk saya memang non-stick so takde masalah sangat). Masa baru jadi 'KEEP WARM' tu, akan nampak butir-butir pulut tu macam tak berapa masak, sila JANGAN tambah air okay. Let it be. Dalam 15-20 minit lagi, akan masak elok. Just nice kelembutannya. Oh ya, saya tambah sedikit garam. Sikit aje tau...

Yang ni kami makan dengan Rendang Daging (recipe here) dan Ayam Masak Serai Pedas (recipe here).



Friday, August 06, 2010

Rendang Daging Mudah


My first attempt buat rendang. Ada member sampai tak percaya saya tak pernah buat rendang, walhalkan sikit hari lagi saya sambut birthday ke-36. Agaknya, ni termasuk dalam list must-cook-before-you-turn-36 kot? Saya telek internet, telek buku-buku yang ada. Ada yang bahan-bahan sampai termasuk jintan-jintan semua tu, ada yang guna buah keras. Since saya baru pertama kali nak buat, saya cari yang paling mudah and lastly adaptasi resepi Rendang Daging dari buku Resepi Bonda ni. Buku ni saya beli way back in August 2009. Ni kiranya resepi sulung yang saya cuba dari buku ni. Saya tambah an ingredient or two aje.




Hasilnya? Kalau suami tambah makan dua kali... apakah maknanya kannnn. Saya kembang setaman hari ni. Hati berbunga-bunga.

Jom.. sapa-sapa nak join mekar setaman sambil hati berbunga-bunga, meh tengok resepi..

Bahan-bahan
1. Daging - dalam 300gm, potong sederhana tebal
2. Santan - dari sebijik kelapa
3. Kerisik - 2 sudu besar
4. Bawang kisar - 4-5 sudu besar
5. Cili boh - 2-3 sudu besar
6. Kunyit - 1.5 inci*
7. Halia - 1.5 inci*
8. Lengkuas - 1 inci*
9. Cili burung - 10 biji*
10. Serai - 2 batang, titik
11. Daun kunyit - 1-2 helai, koyakkan
12. Daun limau purut - 3-4 helai, koyakkan
13. Asam keping - sekeping
14. Garam - secukup rasa
* kisar

Cara-cara
- Dalam sebuah kuali, gaulkan daging dengan bawang kisar, cili boh dan lain-lain bahan kisar.
- Masukkan santan, kerisik dan serai. Hidupkan api sederhana.
- Masukkan garam.
- Bila mula menggelegak, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Biar seketika, kemudian masukkan asam keping.
- Tutup kuali, kecilkan api.
- Kacau sekali sekala hingga kering.

Saya hidangkan ni dengan pulut tanak. Makan dengan lemang pun okay. Kalau beli kat luar Pasar Kajang nun, sepeket ceto'it kecik ajer dah RM2.50... Rupanya mudah ajer nak buat rendang nih...

Ayam Masak Serai Pedas


Another easy peasy recipe from me. Bibik kata 'opor' tapi saya namakan Ayam Masak Serai Pedas sebab banyak guna serai dan cili. Serai ni, saya dah cuba tanam dalam pasu tapi tak menjadi walhalkan kalau dikhabarkan kepada mak ayah saya, depa gelak aje sebab bagi depa serai ni mustahil tak boleh hidup kalau di tanam. Sampai sekarang saya dok beli serai kat pasar atau supermarket. 3 batang = RM1.00. Mahal kan...

Jom tengok resepi..
Bahan-bahan:-
1. Ayam - 1/2 ekor, dipotong saiz sederhana
2. Bawang merah - 6 biji, kisar
3. Bawang besar - 2 biji, kisar
4. Bawang putih - 3 ulas, kisar
5. Cili burung - segenggam, kisar
6. Kunyit - 1.5 inci, kisar
7. Halia - 1.5 inci, kisar
8. Serai - 4 batang dikisar, 3 batang dititik
9. Asam keping
10. Garam

Cara-cara
- Gaulkan ayam dengan bahan dikisar.
- Tambahkan air agak-agak ayam terendam semuanya
- Masukkan dalam kuali, hidupkan api dan biarkan hingga menggelegak.
- Masukkan asam keping, garam dan serai di titik
- Tutup kuali
- Kacau sekali sekala hingga air agak kering dan ayam empuk dan lembut.

Enak dimakan dengan nasi panas atau cicah roti putih.

Wednesday, July 28, 2010

Sambal Belacan


Hoh, Sambal Belacan pon nak letak kat sini? Sharing is caring, bak kata orang sekarang ni. Kalau saya pon dok melilau kat internet mencari resepi Sambal Belacan, tak mustahil ada orang lain sewaktu dengan saya kan...

So, here goes..

Bahan-bahan
1. 3 cili besar
2. 4-6 cili padi
3. Gula
4. Garam
5. Jus limau nipis
6. Udang kering - rendam sebentar untuk melembutkan
7. Belacan - bakar sebentar (I just put it on a metal spoon and stove-grilled it for 2-3 minutes sampai naik bau)
8. Bawang merah

Cara-caranya
- Tumbuk lumat cili besar, cili api, bawang merah dan udang kering.
- Masukkan belacan bakar dan tumbuk hingga sebati
- Perasakan dengan gula, garam dan jus limau nipis

Apalagi, silalah mencicah yerr...



Sunday, July 11, 2010

Semur Hati Ayam


By now, surely you have noticed most dish I prepare is simple. Senang belaka. Sesuai dengan diriku yang tak berapa rajin ni...

This one is Semur Hati Ayam, taken from the same book from this entry here.

Bahan-bahan
1. Hati ayam - potong dadu
2. Bawang besar - hiris kasar
3. Bawang putih - ketuk
4. Cili besar - hiris kasar (boleh tambah cili padi kalau nak pedas lagi)
5. Kicap masin
6. Kicap manis
7. Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis)

Cara-cara
- Tumis rempah tumis hingga naik bau wangi.
- Masukkan hati ayam dan goreng hingga air sedikit berkurangan.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Goreng sebentar hingga agak layu.
- Perisakan dengan kicap manis dan kicap masin.
- Hidangkan panas-panas