Monday, February 12, 2007

Nasi Minyak Tokmi & Gulai Ayam ala Akhni


Having a mother-in-law yang cekap di dapur menyebabkan saya 'have a lot to live up to'. Especially when suami saya nak makan 'nasi lemak macam mi buat' atau 'gulai ikan macam mi buat'. Sedangkan saya sendiri, hanya baru-baru ini baru serius 'menceburi' bidang masak-memasak ni. Bermula dengan 'keterpaksaan' dek sebabkan mahu membantu ekonomi keluarga, saya akhirnya mula 'jatuh cinta' dengan dunia memasak. Suami saya, yang sememangnya passionate about cooking, lagilah suka hati dia.

Mak mertua saya, kalau hari raya, saban hari memasak itu ini. Bab biskut-biskut ni memang tak masuk agenda. Kebanyakannya dibeli. Saya salah seorang suppliernya! Bukan saya buat, tapi tukang beli. InsyaAllah, bila saya beli oven nanti, saya cuba buat biskut pulak. Biasanya dari hari raya pertama sehingga ketiga, menunya ialah Nasi Beriani, Nasi Dagang, Nasi Ayam dan bermacam-macam nasi lagi lah. Mulanya saya cuma menonton atau sekadar jadi tukang kacau penumis. Sekarang bila balik kampung, saya pastikan saya bawa balik buku resepi untuk salin.

Baru-baru ini saya buat Nasi Minyak. Kalau Mertua saya, mesti digandingkan dengan Gulai Daging Nasi Minyak, which uses lots of bawang goreng. Sedappp. Tapi weekend lepas, saya cuma buat Gulai Ayam saja. Resepinya saya adaptasi dari Akhni mamafami. Memandangkan Sabtu lepas saya kena bawa Iman ke APSH untuk appointmentnya, saya masak dulu lauknya lepas Subuh. Balik APSH, saya masak nasinya pula.

:: NASI MINYAK TOKMI
Bahan-bahan
1. Minyak sapi -> 2 sudu besar
2. Marjerin -> 2 sudu besar
3. Rempah 4 Sekawan (cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
4. Bawang putih -> 2@3 ulas - hiris halus
5. Bawang merah -> 2@3 ulas - hiris halus
6. Daun pandan -> 1@2 helai
7. Susu cair -> 1 tin
8. Sos tomato -> 3@4 sudu besar
9. Beras siam -> 5 pots - basuh dan toskan.
10. Garam -> secukup rasa
11. Kismis dan bawang goreng -> untuk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin sehingga cair.
2. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga keperangan.
4. Masukkan daun pandan.
5. Masukkan susu cair, sos tomato dan tambah sedikit air. Biarkan mendidih.
6. Masukkan beras dan garam.
7. Tanak hingga masak.
8. Taburkan kismis dan bawang goreng ketika menghidang



:: GULAI AYAM ala AKHNI
Bahan-bahan
1. Ayam -> 1 ekor - potong into pieces, bersihkan.
2. Minyak -> secukup untuk menumis
3. Rempah 4 sekawan
4. Bawang besar -> 1 labu - potong dadu
5. Bawang kisar -> 2@3 sudu besar
6. Tomato -> 3 biji - potong dadu
7. Serbuk ketumbar -> 1 1/2 sudu besar - A
8. Serbuk jintan (cumin) -> 1 1/2 sudu besar - A
9. Serbuk kunyit -> 1/2 sudu besar - A
10. Serbuk paprika -> 1 sudu besar - A
11. Cili boh -> 1 susu besar - A
12. Daun ketumbar -> 2@3 pokok - optional sebab tak semua orang tahan baunya
13. Garam dan gula
* Campurkan A dengan air sehingga menjadi pes pekat

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dadu. Tumis hingga perang.
3. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga agak garing.
4. Masukkan bahan A. Tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Masukkan tomato dan tumis hingga lembut.
7. Masukkan ayam dan biarkan 1/2 masak
8. Masukkan air dan didihkan hingga masak
9. Apabila hampir masak, masukkan daun ketumbar
* Boleh juga ditambah kentang bagi memekatkan kuah.





The Nasi Minyak was successful. At least to our and my SILs standards. Next project - Nasi Beriani pulak, insyaAllah..






4 comments:

Kaklong said...

salam,

simplenya resepi nasi minyak ni. bolehlah cuba. eh, kalau guna beras biasa boleh tak? saya tak de beras basmathi dan tak de beras siamla..


tq for sharing.

p.s.lamanya saya tak masuk blog mamafami n lain2.

ummi said...

kak long ~ mmg simple. dah cuba lom? pasal beras tu saya tak berapa pasti. kalau guna beras basmathi tu, berasnya elok berbentuk lepas masak. kalau beras biasa tu, mungkin akan hancur sikit.

err... dah start buat experimen memasak semula ke?....

Ajzie said...

Sedapnya..boleh cuba nanti nih.. Thanks for sharing..

[h] ▪ [u] ▪ [s] ▪ [n] ▪ [a] ™ said...

bila masukkan rempah kari? letak santan tak?