Friday, August 13, 2010

Ayam Bakar Kawin



First attempt nak buat Roast Chicken. Resipi ni hasil perkahwinan beberapa resepi yang saya jumpa kat internet. Nak ikut western 100% ku imagine cam bland, nak ikut easten sangat, suamiku tak berapa suka kalau berempah-rempah sangat.

Patutnya guna ayam sekor tapi tapi tak konfiden nak membakar ayam bulat sekor gitu. Ni kira guna 1/2 bird tapi version dah dipotong-potong. Kat dalam freezer ada version berkerat dah. Nak pegi beli ayam lain yang still intact, membazir la pulak kan. Jom jengah resipi


Bahan-bahan:
1. Ayam - 1/2 ekor (saya dah potong kecik)
Bahan 2-12 adalah bahan perap.
2. Jus lemon - 1 sdb
3. Kicap manis - 1 sdb
4. Kicap masin - 1sdb
5. Garam - to taste.. agak2 la sebab dah guna kicap kan..
6. Coarse peppercorn - few sprinkle
7. Nutmeg powder - few sprinkle
8. Rosemary - few sprinkle (saya guna yang kering)
9. Oregano - few sprinkle (again, yang kering)
10. Chilli flakes - few sprinkle
11. Bawang putih - 5 ulas, tumbuk kasar
12. Olive oil
13. Bay leaf - 2 helai
14. Butter - sedikit sahaja
15. Sayuran - lobak merah 1 btg, kentang 2 biji, tomato 1 biji, shitake mushroom 5-6 biji. potong kasar-kasar lobak merah dan kentang. Tomato belah 4, mushroom belah 2.

Cara-cara
- Lapikkan baking tin dengan aluminium foil.
- Masukkan sayuran dulu di sebelah bawah dan kemudian ayam di atas.
- Letakkan sedikit butter dan bay leaf kat celah-celah ayam. Sila alihkan bay leaf bila dah masak. The flavor will intensify with time.
- Bakar kira-kira 1 1/2 jam minit.





para sayuran.. carrot, potato, tomato and shitakii mushroom

bersedia untuk di bakar...

Wednesday, August 11, 2010

Sawi (Bok Choy) Bawang Putih


Mulanya nak buat guna kailan tapi setelah meronda JJ Balakong, Carrefour Bdr Tun dan 2 kedai runcit - kailan takde! So gunalah sawi kontot ni. Bok Choy ke apa namanya. Yang jenis batang putih tu.

Seikat kat Carrefour, ada 3 rumpun. Harga RM1.99.

Nak buatnya punyalah senang. Ceraikan batang-batang dari rumpun, bersihkan. Pastu celur sampai masak tapi masih rangup. Kalau ikutkan, lepas celur kena masuk dalam air sejuk / air batu tp takdelah kuasa pulak nak buat sampai gitu. Drain off excess water.

Pastu heat up 2 sudu besar oyster sause, campur air sikit. Then masukkan garlic (saya beli readymade from Carrefour). Biarkan mendidih kejap. Tak perlu tambah apa-apa perisa.

Tuangkan kuah oyster sauce atas sawi. Sedia di makan.


inilah rupa garlic readymade tu

Udang Garlic & Parsley


Ni lauk for iftar 1 Ramadhan tahun ni. Udang Garlic & Parsley. Easy peasy (mana ada masakan saya yang complicated kan.. semua mudah aje). Yang ini boleh buat in advance, perapkan. Dekat-dekat nak berbuka baru goreng..

Bahan-bahan
1. Udang - jangan buang kulit, cuma belah belakang dan devein.
2. Garlic steak seasoning
3. Parsley flakes
4. Chilli flakes
5. Peppercorn
6. Salt
7. Olive oil


Cara-cara
- Perap udang dengan bahan 2-7 selama 2-3 jam.
- Panaskan kuali dan gorengkan dengan api besar. Tak perlu letak minyak sebab dah ada olive oil.
- Makan dengan nasi panas-panas. Ratah pon sedap (like Iman did)


Tuesday, August 10, 2010

BBQ Lagik!

BBQ lagi ya puan-puan. Ni yang kami buat baru-baru ni. Lepas marinate dalam 4-5 jam, grill kan aje sampai masak. Beef tu memang sengaja buat nipis-nipis, nak cepat masak dan cepat makan...

BEEF (western) marinated in salt, garlic steak seasoning, black peppercorn, smoky BBQ seasoning and olive oil

BEEF (0riental) marinated in salt, garlic steak seasoning, fish sauce, sesame oil, sweet soy sauce and olive oil


SQUID marinated in salt, white pepper, garlic steak seasoning and olive oil

PRAWN marinated in salt, white pepper, lime juice, parsley flakes and olive oil



Saturday, August 07, 2010

Pulut Tanak


Ni pon my first attempt menanak pulut. Seperti biasa, bertanya sana-sini, cari dalam internet cemana nak tanak pulut. My mom kata air sikit dari nasi biasa. Tapi, how sikit is sikit kan? Saya pulak tak biasa masak nasi tenggek atas stove. Manjang guna rice cooker, jadi haruslah resepi yang dicari-cari pun kena guna rice cooker kan? Ada yang sajes saya kukus. Malas lorrr. Kalau rice cooker, basuh satu item aje lepas guna. Kalau kukus, kan kena cuci dua bahagian tu? Dasar pemalas ek? Bukan, nanti kesian Bibik nak kena mengemas mencuci segala.

Beras pulut yang ada kat rumah ni sebenarnya Tebby beli kat Danok masa one of his field trip dulu. Kiranya pulut diterbangkan khas dari Danok la ni. Sebelum bubuk makan (seperti yang pernah berlaku sebelum ini), baiklah saya yang makan dulu kan.


Rupanya senang amat. Kalau masak guna rice cooker, guna equal portion between beras dengan air. I made 3 cups pulut, guna 3 cups untuk menanak. Masuk dalam rice cooker, tekan butang 'COOK'. Once dan jadi 'KEEP WARM', kacau supaya rata dan tak melekat (periuk saya memang non-stick so takde masalah sangat). Masa baru jadi 'KEEP WARM' tu, akan nampak butir-butir pulut tu macam tak berapa masak, sila JANGAN tambah air okay. Let it be. Dalam 15-20 minit lagi, akan masak elok. Just nice kelembutannya. Oh ya, saya tambah sedikit garam. Sikit aje tau...

Yang ni kami makan dengan Rendang Daging (recipe here) dan Ayam Masak Serai Pedas (recipe here).



Friday, August 06, 2010

Rendang Daging Mudah


My first attempt buat rendang. Ada member sampai tak percaya saya tak pernah buat rendang, walhalkan sikit hari lagi saya sambut birthday ke-36. Agaknya, ni termasuk dalam list must-cook-before-you-turn-36 kot? Saya telek internet, telek buku-buku yang ada. Ada yang bahan-bahan sampai termasuk jintan-jintan semua tu, ada yang guna buah keras. Since saya baru pertama kali nak buat, saya cari yang paling mudah and lastly adaptasi resepi Rendang Daging dari buku Resepi Bonda ni. Buku ni saya beli way back in August 2009. Ni kiranya resepi sulung yang saya cuba dari buku ni. Saya tambah an ingredient or two aje.




Hasilnya? Kalau suami tambah makan dua kali... apakah maknanya kannnn. Saya kembang setaman hari ni. Hati berbunga-bunga.

Jom.. sapa-sapa nak join mekar setaman sambil hati berbunga-bunga, meh tengok resepi..

Bahan-bahan
1. Daging - dalam 300gm, potong sederhana tebal
2. Santan - dari sebijik kelapa
3. Kerisik - 2 sudu besar
4. Bawang kisar - 4-5 sudu besar
5. Cili boh - 2-3 sudu besar
6. Kunyit - 1.5 inci*
7. Halia - 1.5 inci*
8. Lengkuas - 1 inci*
9. Cili burung - 10 biji*
10. Serai - 2 batang, titik
11. Daun kunyit - 1-2 helai, koyakkan
12. Daun limau purut - 3-4 helai, koyakkan
13. Asam keping - sekeping
14. Garam - secukup rasa
* kisar

Cara-cara
- Dalam sebuah kuali, gaulkan daging dengan bawang kisar, cili boh dan lain-lain bahan kisar.
- Masukkan santan, kerisik dan serai. Hidupkan api sederhana.
- Masukkan garam.
- Bila mula menggelegak, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Biar seketika, kemudian masukkan asam keping.
- Tutup kuali, kecilkan api.
- Kacau sekali sekala hingga kering.

Saya hidangkan ni dengan pulut tanak. Makan dengan lemang pun okay. Kalau beli kat luar Pasar Kajang nun, sepeket ceto'it kecik ajer dah RM2.50... Rupanya mudah ajer nak buat rendang nih...

Ayam Masak Serai Pedas


Another easy peasy recipe from me. Bibik kata 'opor' tapi saya namakan Ayam Masak Serai Pedas sebab banyak guna serai dan cili. Serai ni, saya dah cuba tanam dalam pasu tapi tak menjadi walhalkan kalau dikhabarkan kepada mak ayah saya, depa gelak aje sebab bagi depa serai ni mustahil tak boleh hidup kalau di tanam. Sampai sekarang saya dok beli serai kat pasar atau supermarket. 3 batang = RM1.00. Mahal kan...

Jom tengok resepi..
Bahan-bahan:-
1. Ayam - 1/2 ekor, dipotong saiz sederhana
2. Bawang merah - 6 biji, kisar
3. Bawang besar - 2 biji, kisar
4. Bawang putih - 3 ulas, kisar
5. Cili burung - segenggam, kisar
6. Kunyit - 1.5 inci, kisar
7. Halia - 1.5 inci, kisar
8. Serai - 4 batang dikisar, 3 batang dititik
9. Asam keping
10. Garam

Cara-cara
- Gaulkan ayam dengan bahan dikisar.
- Tambahkan air agak-agak ayam terendam semuanya
- Masukkan dalam kuali, hidupkan api dan biarkan hingga menggelegak.
- Masukkan asam keping, garam dan serai di titik
- Tutup kuali
- Kacau sekali sekala hingga air agak kering dan ayam empuk dan lembut.

Enak dimakan dengan nasi panas atau cicah roti putih.

Wednesday, July 28, 2010

Sambal Belacan


Hoh, Sambal Belacan pon nak letak kat sini? Sharing is caring, bak kata orang sekarang ni. Kalau saya pon dok melilau kat internet mencari resepi Sambal Belacan, tak mustahil ada orang lain sewaktu dengan saya kan...

So, here goes..

Bahan-bahan
1. 3 cili besar
2. 4-6 cili padi
3. Gula
4. Garam
5. Jus limau nipis
6. Udang kering - rendam sebentar untuk melembutkan
7. Belacan - bakar sebentar (I just put it on a metal spoon and stove-grilled it for 2-3 minutes sampai naik bau)
8. Bawang merah

Cara-caranya
- Tumbuk lumat cili besar, cili api, bawang merah dan udang kering.
- Masukkan belacan bakar dan tumbuk hingga sebati
- Perasakan dengan gula, garam dan jus limau nipis

Apalagi, silalah mencicah yerr...



Sunday, July 11, 2010

Semur Hati Ayam


By now, surely you have noticed most dish I prepare is simple. Senang belaka. Sesuai dengan diriku yang tak berapa rajin ni...

This one is Semur Hati Ayam, taken from the same book from this entry here.

Bahan-bahan
1. Hati ayam - potong dadu
2. Bawang besar - hiris kasar
3. Bawang putih - ketuk
4. Cili besar - hiris kasar (boleh tambah cili padi kalau nak pedas lagi)
5. Kicap masin
6. Kicap manis
7. Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis)

Cara-cara
- Tumis rempah tumis hingga naik bau wangi.
- Masukkan hati ayam dan goreng hingga air sedikit berkurangan.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Goreng sebentar hingga agak layu.
- Perisakan dengan kicap manis dan kicap masin.
- Hidangkan panas-panas

Friday, July 09, 2010

Ayam Berempah Kak Mon


This, is my newest version of Ayam Berempah. Bahan wajib is bawang putih, halia and kunyit. Kunyit tu pulak wajib kunyit hidup, baru best. Bahan optional pulak serbuk kari, cili padi, madu etc. So, pandai-pandailah nak buat version kari ke, version honey ke, version pedas meletop ke...

Bahan-bahan
1. Ayam - potong kecil
2. Halia *
3. Bawang putih *
4. Cili padi *
5. Kunyit hidup *
6. Garam kasar *
7. Madu lebah

Cara
- Tumbuk halus bahan bertanda *
- Perap ayam dengan bahan * dan madu lebah
- Goreng di atas api perlahan hingga masak
- Makan panas-panas dengan nasi panas!

Thursday, July 08, 2010

Lala Masak Lemak


For this version, I added up some kerisik and daun kunyit. Ended up well. Too bad the lala are not at their freshest. Kecuttt!! Makan gravy aje laa..

For recipe of my Masak Lemak, refer here. Just add some kerisik and daun kunyit this time around.

Sunday, July 04, 2010

Beef Chop Suey - Ummi's Style


Hari ni cuba resepi Beef Chop Suey from the book Easy Stir-Fry, published by Parragon Books and printed in Indonesia (ha ha semua nak bagitau). This is the first recipe from the book, which I had bought wayyy back in August 2009. Better late than never huh?

Anyway, the original recipe has lotsa ingredients (which I failed to find in Carrefour BTHO) and some are not consumable by muslims like me. So, kenalah adjust here and there and sudahnya Beef Chop Suey, Ummi's style.

Cumanya, I always use my heartfeeling and gerak hati when measuring ingredients for my cooking so that's why takde unit measurement ya. Sorry, kena agak-agak je lah kalau nak try out.

Ingredients
For marinate
1. Pepper
2. Salt
3. Sesame oil
4. Light soy sauce aka kicap cair

Others
1. Beef - cut into small, thin strips
2. Onion - 1 whole bulb. Hiris.
3. Oyster sauce
4. Sweet pea - cut into half

Methods
- Marinate beef in marinating ingredients for 2 hours (at least). Keep refrigerate.
- Add some cooking oil and stir fry beef on high heat, making sure to constantly stir so tak hangit.
- Once the beef juice dried up and the meat still 'moist', transfer into a plate.
- Clean your pan/wok and put in some oil.
- Fry onion until it becomes translucent and aromatic.
- Add in sweet pea and if it's necessary add up some water (I did cause the peas I bought agak tua dan keras).
- Add in some oyster sauce and let it simmer it bit.
- Add in the beef and fry for another minute or so.
- Serve hot.

* The original recipe require vegetables under the name - bamboo shoot, water chestnut, broccoli, mushroom and snow peas. I just used sweet peas. I am allergic to broccoli, it gives me flatulence.


Saturday, July 03, 2010

Swedish Meatballs


I did Spaghetti Bolognese (my previous entry on this here) again just now. Bak kata orang ni, back by popular demand. Iman yang request. Kalau sebelum-sebelum ni just pasta di makan dengan sosnya, this time I added up dengan meatballs.


Pernah tengok tak channel Astro 703 (AFC), Scandinavian Cooking tu? (web here). Tina Nordstorm prepared meatball recipe once and nampaknya sangat menyelerakan. And the next trip to IKEA, we bought a packet of its Swedish Meatballs. Sangat sedap dan sangat mahal. A packet of about 1kg goes for about RM30! Since I am not working anymore (for a year), we have to spend wisely, food included and that now I have more free time, buatlah homemade Swedish Meatballs.


Ingredients
1. Minced beef - 2 pounds. I used Ramli's minced beef, 2 small tubes that weighted about 800gm.
2. Egg - 2
3. Milk - 1 cup
4. Bread (cut into small pieces) - 1 cup (or 1 cup of mashed potato)
5. Salt - to taste
6. Pepper - to taste
7. Minced onion - 1
8. All spice - 1/4 tbsp


Methods
- Mix all ingredients.
- Form into small balls.
- Shallow fry for 5-10 minutes until cooked. (fry in regular cooking oil PLUS some butter)

* If the consistency is not right (it's subjective here, the word 'right'. but somehow you must've gotten the feeling kalau if's too hard/densed or too soft kan), adjust the amount of milk or bread.
* Since I was cooking 2 tubes of minced beef, I 'blanched' remaining balls for a while and then freeze em all.

Comments from Tebby - Rasa dah macam Swedish Meatballs from IKEA. Cuma shape tu heh heh.. huduh sikit. Acik 'jiwa kacau' time masak tu. Si Adam sibuk nak nolong bagai.... nolong nyibuk heh heh!




Friday, July 02, 2010

Homemade Cili Boh


I normally get my cili kisar or better known as cili boh/chilli paste from Tebby's hometown, Kuala Terengganu. The taste is just nice and susah nak dapat kat KL yang ready made rasa camtu. This morning I just realised my ration dah habis and I had no spare of it. The night before memang dok browse resepi cili boh and it came handy in not time at all heh heh.

Bahan-bahan
1. Cili kering - satu peket plastik saiz A4. Sorry takde alat nak timbang. This how I can describe it best heh heh. Potong serong supaya senang nak buang biji. Kalau tak buang langsung, alamatnya tebal bibir makan sambal nanti! Basuh bersih.
2. Bawang merah - 1 biji
3. Bawang putih - 2 ulas


Cara-cara
- Rebus cili hingga mendidih. Biarkan kira-kira 5 minit atau sampai cili lembut.
- Then, let it cool down a bit, toskan dan masuk cili dalam blender.
- Blend dengan bawang merah dan bawang putih. Gunakan kira-kira secawan air rebusan untuk tujuan mengisar.
- Kisar halus.

I got 2 small tubs. Satu masuk freezer, another one just refrigerate. I did my sambal Nasi Lemak using this version and sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kaler pon cantik merah.




Thursday, May 20, 2010

Kepak Ayam McCormick Ver. Original


Remember this?

Well, I bought McCormick's other version of seasoning mix for buffalo wing, which is original flavor. Verdict? I'd rather stay with their garlic & herbs variation.


Saturday, May 15, 2010

Ikan Terubuk Masin Masak Lemak


Tebby went to Sabah and came back with 3 ekor ikan terubuk masin. Kalau ikut kebiasaan previous trips ke Sabah, dia akan beli fresh prawns tapi kali ni hak kering-kering aje dia beli. Ikan terubuk masin, udang kering sama ikan bilis. Ikan bilis tu saya specifically pesan sebab nak buat sambal untuk nasi lemak. Ikan bilis kat KL jarang-jarang puaskan hati saya (eksyen!). It's always from Sabah atau Langkawi (eksyen!!). Kalau sekali beli, memang minimum 1kg lah.

So hari ni sekor ikan masin dah terkorban, buat masak lemak. Bahan-bahan sama je dengan Ikan Merah Masak Lemak (baca di sini) tapi saya tambah gula sikit to kill off kemasinan ikan masin tu. Sebelum tu dah rendam for about 2 jam. I wish boleh buat a bit more pedas tapi mengenangkan anak-anak nak makan sama, letak sikit ajelah cili tu..

Thursday, May 06, 2010

Sutong Celok Tepong!

My small family, Tebby in particular, love squid fritter atau nama yang lebih down-to-earth nya sotong celup tepung or better known in Terengganuspeak as sutong celok tepong. Kalau balik Losong, alamatnya mesti saya (irony nya, bukan Tebby) beriya-iya ajak pegi area Seberang Takir or area airport untuk makan all these seafood fritters, squid or sotong or sutong included. Don't be suprise orang sinun makan big fat juicy ikan kembung celup (celop) tepung (tepong) on its own. Sedap. I was wondering jugak awal-awal dulu but once I got to taste the sweet, juicy ikan.. I just have to makan it again and again.

Anyway.

As people say, the ways to your husband's heart is through his stomach (among other things, I must say... hemmmm). So mencuba lah buat the batter supaya crispy but not to flaky or keras or liat. Kadang-kadang jadi.. kadang-kadang terpaksa buang aje sebab memang tak best sangat-sangat. My MIL's version guna a bit of kapur makan. Thing is, she doesn't have the recipe in quantity. Means, how many x to how many y. The composition of x and y is something she learnt through time. Some add egg but to me, it gets all too oily when egg is added.

Pening kan.

Until I found and tried this. I decided to fall in love with it. Senang keje makcik okay. Di jamin sedap.




One thing that is common when making fritters is letupan-letupan minyak especially bila goreng sotong. Here's what I do to minimise the injury, lepas bersihkan, bersihkan, rub in some salt (sikit sajer taww) and tos kan. I usually prepare this in the morning then keep the sotong dalam fridge sampai petang. Then buatlah batter as per instruction kat kotak nun. Dip the sotong by batch and quicly goreng. Jangan biar sotong lama sangat dalam batter else the batter gets watery.. tak sedap. Only gaul a batch enough for sekali goreng. Lepas tu tos kan atas kitchen towel and ready to serve.


En Tebby sangat suka sotong yang ada telur. This time we managed to get a kg of sotong yang semuanya ada telur.


Tuesday, January 05, 2010

Beef Kebab



Bahan-bahan
1. Minced beef - I used Ramli's frozen beef, 1 tube.
2. Coriance leave - chopped finely
3. Spring onion - chopped finely
4. Garlic - chopped finely
5. Cumin powder
6. Coriancer powder
7. Black peppercorn
8. White pepper powder
9. Salt & sugar - to taste

Cara-cara
- Mix everything well. No need to marinate.
- Shape kebab on flat skewers (I tried using the round ones, tak menjadi) and grill for 8-10 minutes each side. I did not skew mine, just buat lonjong-lonjong then grill.

Note:-
- To garnish, I made sliced red onions, chopped mint leaves and quartered lemon. We had it with pita bread and roast potato.
- Lamb would be better definately!

BBQ Prawns On Skewers


Did this BBQ Prawns On Skewers for our BBQ Dinner last few days (read the event telltale here). Easy peasy dan sedap. Here goes...

Bahan-bahan
1. Prawns - About 600gm. Buang kulit, devein, basuh dan tos kering. Tinggalkan ekor saja sebagai tangkai.
2. Juice from 1/2 lemon.
3. English parsely - finely chopped.
4. Salt & sugar - to taste
5. Olive oil - 4-5 tbspoon.

Cara-cara
- Mix item 2, 3 & 4 with prawns.
- Marinate for few hours. I did mine overnight, in the fridge.
- Arrange prawns on skewers in any style you like.
- Grill for 2-4 minutes each side.

Tips: -
If you have limited space in your fridge, use zip-locked bags to marinate. Like the ones I used below.