Wednesday, August 23, 2006

ikan cencaru goreng belah belakang

Ikan goreng memang favorite suami ummi. Gaul dengan garam+kunyit atau ditambah lagi dengan bawang putih+halia yang ditumbuk halus atau dilumur garam dan dibakar – semuanya dia suka.

Baru-baru ni kami mencuba resepi baru. Mudah dan ringkas.



IKAN CENCARU GORENG BELAH BELAKANG
Bahan-bahan:-
Ikan cencaru -> potong belakang ikan dan bersihkan.

Bahan A:
Bawang merah + bawang putih + bawang besar ->kisar atau tumbuk halus
Cili merah -> kisar atau tumbuk halus (ummi cuma gunakan cili boh saja .. senang)
Sedikit belacan
Garam -> secukup rasa
Gula -> secukup rasa

Bahan B:
Air asam jawa -> buat pekat-pekat
Garam -> secukup rasa

Cara:-
Bahan A digaul rata dan disumbat di bahagian dalam ikan.
Bahan B digaul rata dan disapu di bagaian luar ikan.
Perapkan sebentar.
Goreng terendam hingga masak.
Hidangkan panas-panas.

Suami ummi ni hardcore orang pantai timur jadi buat penambah selera kami sediakan budu untuk cicah-cicah. Hasilnya -> nasi yang dibudget untuk buat nasi goreng sebagai hidangan malam, semuanya langsai time lunch!

3 comments:

ibuVouge said...

ummi cuba resepi ni
ni IV panggil bantut... ummi nak post kat blog ummi pun tak pe.. tapi kena xuba dulu

bahan
kelapa parut
air limau
kunyit hidup+bawang merah+garam+serai yg di potong halus(di tumbuk agak lumat)
dah lumat masukkan kelapa tadi..tumbuk untukj serasikan dia
tuang air limau
sumbat dlm ikan cencaru tadi.bakar..

Syikin said...

boleh try both resepi ummi n iv ni. thanks..

babydiana said...

best nie...ikan cencaru atau ikan jaket nie mmg best bila goreng camtu.... ummi tk der resepi camna nk buat air asam utk ikan bakar?