Tuesday, October 03, 2006

Ketam Goreng Berlada

che abang makan sampai menjilat jari...

Someone asked for the recipe Ketam Goreng Berlada. A simple recipe, yet fulfilling. To me, anything ketam, sotong and udang, almost 100%, can never go wrong since sememangnya dah sedap. Hemm.. yummy! Eaten hot with rice or simply cicah dengan roti yang nak expired tu (if you’re too lazy to buat bread pudding like Yati did).

So here goesss..
Bahan-bahan
- Ketam
- Bawang kisar
- Cili boh
- Bawang besar (hiris melintang)
- Garam
- Gula
- Kiub ikan bilis
- Daun ketumbar
- A bit of water
- Telur

Caranya
- Bersihkan ketam
(usually I’ll just pull off sepit yang besar tu and leave yang kecik2 tu intact to the body. Hit the sepit so it crack a bit. Bodynya potong lengthwise into 2)
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bawang kisar sampai naik wangi.
- Campurkan cili boh. Goreng sehingga terbit minyak.
- Masukkan sedikit garam dan gula.
- Masukkan ketam dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis tadi.
- Masukkan air (kuantiti bergantung kepada kuah yang diingini). Kacau rata.
- Masukkan kiub ikan bilis dan bawang besar. Kacau rata lagi.
- Pecahkan telur dan kacau rata.
- Agak-agak hampir kepada kuantiti kuah yang diingini, masukkan daun ketumbar dan tutup kuali.
- Biarkan seketika.
- Buka penutup dan biarkan sehingga masak.

Yati kata she doesn’t know how to siang ketam. If I were given the choice of ketam, udang and sotong to siang, I’ll opt for ketam and sotong will be the last. Anyway, I found this kat internet. So Yati, sekarang dah boleh belajar siang ketam pulak eh.

By the way, just incase ada yang tertanya-tanya about the bawang kisar ~ just blend bawang besar, bawang kecik and bawang putih. I always have a tub in my fridge so time nak memasak senang. Takyah nak kupas2 and tumbuk2. Dah tersedia dah. Cedok aje.

2 comments:

默之猫名 said...

hi.
:)
i'm from China.
nice to meet you!

shinichi kudou said...

cik, sy telah copy paste resepi ketam ngan lamb chop cik utk dipraktikkan. harap halalkan. terima kasih. jasamu dikenang