
Ni pon my first attempt menanak pulut. Seperti biasa, bertanya sana-sini, cari dalam internet cemana nak tanak pulut. My mom kata air sikit dari nasi biasa. Tapi, how sikit is sikit kan? Saya pulak tak biasa masak nasi tenggek atas stove. Manjang guna rice cooker, jadi haruslah resepi yang dicari-cari pun kena guna rice cooker kan? Ada yang sajes saya kukus. Malas lorrr. Kalau rice cooker, basuh satu item aje lepas guna. Kalau kukus, kan kena cuci dua bahagian tu? Dasar pemalas ek? Bukan, nanti kesian Bibik nak kena mengemas mencuci segala.
Beras pulut yang ada kat rumah ni sebenarnya Tebby beli kat Danok masa one of his field trip dulu. Kiranya pulut diterbangkan khas dari Danok la ni. Sebelum bubuk makan (seperti yang pernah berlaku sebelum ini), baiklah saya yang makan dulu kan.

Rupanya senang amat. Kalau masak guna rice cooker, guna equal portion between beras dengan air. I made 3 cups pulut, guna 3 cups untuk menanak. Masuk dalam rice cooker, tekan butang 'COOK'. Once dan jadi 'KEEP WARM', kacau supaya rata dan tak melekat (periuk saya memang non-stick so takde masalah sangat). Masa baru jadi 'KEEP WARM' tu, akan nampak butir-butir pulut tu macam tak berapa masak, sila JANGAN tambah air okay. Let it be. Dalam 15-20 minit lagi, akan masak elok. Just nice kelembutannya. Oh ya, saya tambah sedikit garam. Sikit aje tau...
1 comments:
apa kata buat kuih lopes pakai microwave plak. he he
saya baru tanak pulut kuning, 1st time buat, menjadi plak tu. suke yg amat!
Post a Comment