Friday, August 14, 2009

Bihun Goreng


Kakak kata dah boring makan nasi. Bukan boring makan ye.. boring makan nasi. Meaning, nak makan benda lain pulak. Since today, saya arahkah dia memonteng sekolah (H1N1 wooo), maknanya dia akan berada di rumah sepanjang hari. Jadi saya pun masaklah Bihun Goreng, instead of the usual lauk. Esok dia dah request masak spaghetti pulak. Layannn..

Easy peasy je kan. Tak perlulah resepinya. Takde rahsia2 pun.. Saya goreng satu bungkus besar. rencahnya udang dengan ayam. Campur sawi sikit. En Tebby komplen takde keropok. Kalau En Iman tu, keropoknya dibuat sudu. Abahnya le yang ngajor.

Untuk memudahkan kerja dipagi Jumaat nan hening (macam le pagi lain tak hening kan), rencahnya (in this case udang dan ayam), saya dah pack kan siap-siap dalam small containers. Satu container just enough utk sekali masak. Maknanya saya letakkan beberapa ekor udang yang dah siap siang dan jugak ayam yang telah dipotong dadu kecik-kecik dalam satu bekas. Masuk freezer. Malam tadi saya turunkan belah bawah fridge. Pagi ni dah sedia utk digoreng. Bilas dulu ye puan-puan.


No comments: