Masa berpantang bersalinkan anak no 1 dan 2, towards the end of confinement tu, ada sorang nenek kat kampung tu suruh minum air pegaga. Campur dengan garam jantan katanya. Nak minum tu kena berdiri. Tekan ibujari kaki kanan atas ibujari kaki kiri (ke terbalik? tak ingat). Berpantang anak ke 3 kat KL. Sendiri-sendirilah pandai-pandai jaga diri. Pegaga buat ulam je. Takde jus-jus ni.
Baru-baru ni ada member ofis kempenkan minum jus pegaga. Bukan, dia bukan dealer apa-apa kordial atau jus pegaga. Cuma memanjangkan tips. Katanya ada sorang kakak yang she deals with ni, umurnya dah 40-an, anaknya 5. Badannya? Mantapp!! Antara yang diamalkan ialah jus pegaga.
Ha... apa lagi. Lately ni pulak saya rasa huduh. Betul,.. tak tipu. Sebelum ni pun mungkin saya dah huduh tapi takde masa nak belek diri jadi tak perasan kehuduhan itu. Jadinya, pantang pi kedai runcit ke, jusco ke, econsave ke, tesco ke... haruslah ku sambar pegaga barang secekak dua. Setakat ni takde lagilah kejadian pegaga jadi jus dalam fridge (sbb simpan lama). Semua sempat diblend jadi jus pegaga segar.
Yang kali ini, saya campurkan carrot dan sedikit madu. Sebenarnya, even pegaga on its own not too bad lah rasanya. Takdelah kelat2 sangat atau pahit2 sangat (mungkin sebab saya biasa makan ulam). Saya pernah buat jus pegaga+garam, pegaga+susu, pegaga+gula. Semua saya on je.
Nak membuatnya senang ya amat (buleh le cakap senang sebab dah ada orang tolong basuhkan blender). Basuh pegaga bersih-bersih. Akarnya jangan buang. Blend sampai hancur. Ikut suka lah nak tambah apa. Carrot ke, timun ke, lemon ke. Pastu minum lah. Rasa segar badan tau. Hampasnya jangan buang. Buleh buat scrub badan atau muka. Saya tempel atas muka, hilang blackhead atas hidung saya yang sekian lama dok menenggek kat situ. Yang degil-degil tu kena picit sikitlah,.. tapi senang je. Atau campurkan dengan apa-apa lulur (saya guna bedak Bunga Tanjung), pastu lulurlah badan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment