Monday, August 10, 2009

Kerutup Telur & Kentang

ya ampunnnn... comot amat.
ambik gambo direct dalam periuk.


Betul, saya sudah ada Bibik Ros, pembantu rumah yang mula bekerja dengan kami sejak 18 Julai 2009 yang lepas. Masak-memasak masih tugasan saya dan suami. Tidaklah 100%. Kadang-kadang anak-anak nakkan telur goreng waktu saya tengah melulur badan di bilik air, Bibik Ros saja yang gorengkan sementara saya gigih menyental apa yang patut.

Setelah MC saya habis (dan disambung cuti 2 hari), makanya hari ini, 10 Ogos 2009, saya mulakan semula kerja-kerja di ofis. Seronok sebenarnya duduk di rumah aje (ye lah.. Bibik dah ada, gaji pun on, sapa tak sedap kan?). Sebagai persediaan, saya dah siapkan menu untuk 5 hari. I am a simple person, makanya menunya pun ringkas aje.

Contohnya hari ini, sepatutnya breakfast Nasi Goreng Daging (lebihan dinner yang Tebby masak semalam) tapi saya dah makan licin semua waktu sahur tadi hu hu. Maka Iman, Adam dan Bibik Ros kenalah makan roti sama sosej. Trick saya itulah, untuk dinner saya masak banyak supaya ada lebih. Bolehlah buat breakfast. Dinner kami kebiasaannya bukanlah nasi berlauk lengkap tapi lebih kepada one-meal, contohnya Mee Goreng, Mee Wantan atau Nasi Goreng. Kiranya bersesuaian sebagai sarapan jugaklah.

Sebagai ibu bekerja, amatlah tak logik untuk saya balik dan masak untuk lunch anak-anak kan. Pagi tadi saya buat Kerutup Telur. Campur 3 biji kentang. Gatai nak buat padahalkan tak pernah sepanjang hayat setakat ni buat kerutup (tambah gatai bila tengok botol rempah dalam fridge masih tak usik-usik lagi isinya), dalam sejuk hening pagi tadi, kira-kira jam 5.15, saya membelek buku resepi. Jam 5.50 pagi, Kerutup Telur pun siap. Memandangkan En Tebby tengah occupy bilik air, saya masak nasi dulu. Eh, tak boleh, saya puasa, mana boleh mandi sama-sama suami lepas azan Subuh berkumandang *kenyit mata*. Saya pesan sama Bibik Ros, tengahari nanti, gorengkan ikan selar (yang saya sangkakan ikan kembung :P) yang saya dah garamkan siap-siap semalam.

I sound like a desperate mom, huh? I, for one thing, sangat percaya kisah-kisah disebalik air tangan ibu ni. So, expect more desperate entries from this one desperate mom okay.

Okay... okay. Banyak dah membebel. Resepi pulak.



Bahan-bahan
1. 4 telur ayam - rebus keras, kupaskan kulit.
2. 2-3 kentang - kupas dan potong dadu besar.
3. 2-3 suduB rempah kerutup - tambah sedikit air, jadikan pes pekat.
4. Sepeket santan (ampun tak tau berapa biji sebab beli dah peket)
5. Rempah 4-sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
6. 2 bawang merah, 3 bawang putih dan sedikit halia - hiris nipis
7. Garam & gula
8. Asam keping

Cara-cara
- Panaskan minyak, tumis rempah 4-sekawan hingga naik bau.
- Masukkan bahan yang dihiris (no 6), tumis hingga wangi.
- Masukkan pes rempah kerutup, gaulkan sebati. Pastikan jangan sampai hangit. Tambah sedikit air.
- Masukkan kentang dan tutup periuk.
- Bila kentang separa empuk, masukkan santan dan telur.
- Masukkan garam dan gula.
- Didihkan dan kacau supaya tidak bergentel.
- Masukkan asam keping.
- Didihkan sehingga kentang empuk.
- Ready to serve!

No comments: