Tuesday, August 18, 2009

Wantan Nudle


Walaupun Tebby tak menggemari pasta macam Kakak dan Iman, they have one thing in common. Semua orang suka sup. Abah suka, Ummi suka, Kakak suka, Iman suka, Adam suka. Bibik Ros pun terpaksa suka jua.

Itupun.... kalau buat sup ayam makan sama nasi, Kakak tak berapa suka tapi abahnya suka. Mengadap tu aje pun takpe. Cicah roti putih pun takpe. Tapi, kalau buat mi sup, seme orang suka. Atau wantan mi sup. Seme orang suka. Yang paling suka ialah saya. Sebab? Sebab pertamanya nak buat sup ni senang la amat. Keduanya, pada kebanyakan masa, mesti habis. Ketiganya, sup ni makin banyak kali dipanaskan, rasanya makin sedap.

Macamana kalau tiba-tiba weekdays, tiba di rumah dah jam 8.00 malam, anda belum solat maghrib dan tiba-tiba suami dan anak-anak anda mengundi untuk makan mi sup? To start from scratch memang leceh. Ntah-ntah by the time siap masak, anak-anak dah tarik bantal nak tidur kan. Mana nak buat kuahnya lagi, nak rebus telur lagi, nak siang sayur lagi etc. Saya punya cara senang aje. Prepare the stock beforehand and freeze it. Oh ya, ni sebab nombor empat kenapa saya suka prepare sup. Bila dah ada stok, cepat aje yang lain selesai.

Macam kejap tadi, masuk rumah, jawab soalan anak-anak, dukung Adam kejap,.. then masuk dapur ambik stok ayam beku. Masukkan dalam periuk, buka api kecik, pesan sama Bibik Ros mintak rebuskan telur 3 biji, rebus keras. then zassss pegi mandi dan solat. Siap solat maghrib (kami selalunya makan dinner lepas solat Isya'), saya edjas-edjas rasa sup. Tambah sawi sikit. Lepas tu saya celurkan mi wantan 4 ketul. Mintak Bibik Ros potong cili mata burung barang 4-5 biji. Campur dengan kicap, letak asam limau sikit. Memandangkan anak-anak masih kecik, kalau nak ada unsur-unsur pedas melampau, kenalah buat sambal berasingan.

Kakak suka. Abah makan bertambah. Iman dengan Adam sampaikan berebut mangkuk. Tanya Bibik Ros kamu makan ini Ros? Makannnnnn, jawabnya. Ummi lega dan suka. Itulah nikmat memasak untuk keluarga. It feeds your stomach as well as your feeling.

Resepi? Ni... senang aje...

Bahan-bahan dan cara-cara
Untuk Stok
1. 1 keping dada ayam*
2. 1 labu bawang putih - tak perlu kupas, bersihkan dengan kulit-kulitnya dan biarkan ia dalam bentuk 'se-labu'nya*
3. Beberapa hiris halia*
4. Segenggam sawi
5. Salt and pepper to taste

- Satukan bahan bertanda * dalam periuk. Masukkan air secukupnya untuk stok dan rebus atas api kuat 10-15 minit dan simmer 10-15 minit lagi.
- Tutup api, buang halia dan bawang putih.
- Carik halus dada ayam dan satukan semula dalam stok.
- Satukan carikan dada ayam dengan stok, didihkan atas api kecil.
- Masukkan garam dan pepper. Biarkan rasanya garam 'mesra' dengan stok
- Masukkan sawi dan tutup api bila sawi mula layu

Untuk Mi
1. Sepeket mi wantan - it usually comes in 4 pcs
2. 1 suduB minyak zaitun
3. 1 suduT minyak bijan - optional sebab ada orang tak sukakan baunya

- Celur mi wantan dalam air mendidih hingga lembut. Kira-kira 3-5 minit.
- Tapiskan dalam bakul/bekas berlubang. Lalukan air sejuk sambil 'mengirai' mi agar elok terlerai.
- Gaulkan dengan minyak zaitun dan minyak bijan

Untuk Garnishing
7. 3 biji telur ayam - rebus keras, belah 2 atau 4 ikut suka
2. Bawang goreng - jika suka

Untuk Sambal Kicap
1. 1 suduB kicap pekat manis
2. 1 suduB kicap masin cair
3. 5 biji cili burung - hiris halus
4. Sedikit jus limau nipis
Semua bahan di atas disatukan

Kemudian letakkan mi wantan dalam mangkuk, sendukkan kuah secukup rasa. Letak telur rebus, tabur bawang goreng. Kalau nak kick lagi, tambah sambal kicap.

Nota:
1. Daun bawang dan daun sup juga boleh dibuat garnishing. Kat rumah saya stok dah takde.
2. Mi wantan boleh didapati dalam bentuk 'basah' atau 'kering'. Boleh cari di Tesco, Carrefour atau Jusco. Mungkin tempat lain pun ada tapi selalunya saya beli di 3 tempat ni. Untuk yang kering, selalunya diletakkan bersama-sama mihun, mi telur dan sebagainya.
3. Stok ayam saya buat masa wiken. Saya rebus dan carikkan dada ayam. Seterusnya masukkan dalam bekas bertutup dan bekukan.


mi wantan, sebelum dicelur.
ni gambar lama, back in 2005.

frozen chicken stock melting
ni pun gambar lama
tadi tak ingat nak berposing bagai

antara sampel stock yang saya pernah buat dulu.
yang ni sejarah tahun 2006.
stok ayam.
yang ini saya tambah carrot dan celery

2 comments:

Farra said...

senang la masak apa pon sume suke..hehe

maid ku? byk benda tak makan..

ummi said...

farra ~ maidku tak makan ikan. kena stock up ayam sokmo. dan wajib ada nasi. kalau ada mi pun, mi tu buat lauk. mkn sama nasi