Monday, August 24, 2009

Bowtie In Mushroom Sauce



Ini untuk Kakak berbuka puasa. Walaupun terpaksa masak nasi berlauk juga, tetap layan. Buat motivasi berpuasa. Kalau sebelum-sebelum ini saya buat yang berkuah tomato, this time guna mushroom sauce.

Senang bangat sebab guna readymade sauce. For bolognese, I prefer San Remo. Tapi aritu tawaf Jusco takde pulak sos brand San Remo so rembat ajelah apa yang ada. Ambil Dolmio. Mushroom pulak brand Rex. Already sliced. Lagi memudahkan kerja ku he he.

She likes it to bit. Asyiklah memuji. Mana tak kembang maknya..

Bahan-bahan
1. 1 mangkuk kecil bowtie pasta kering - Didihkan air. Masukkan minyak masak dan garam sebaik air mendidih. Masukkan pasta dan rebus selama 12 minit (ikut arahan) tapi tambah 5 minit lagi supaya lebih lembut. Angkat, lalukan di air sejuk dan toskan. Set aside.
2. 1/4 bawang besar - dadu halus
3. 2 bawang putih - hiris nipis
4. 3-4 suduB sos Mushroom & Herb
5. 2-3 suduB sliced mushroom
6. Sedikit daun parsli - saya guna dried parsley flake

Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali.
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi tetapi tidak garing.
- Masukkan sos Mushroom & Herb serta sedikit air. Biarkan mendidih 2-3 minit.
- Masukkan sliced mushroom. Gaulkan dan biarkan kira-kira 1-2 minit lagi.
- Tuangkan sos ke atas pasta tadi.
- Hiaskan dengan daun parsli.
- Ready to serve!
the sauce I used. Dolmio.
sliced mushroom from Rex

1 comment:

Bitter Sweet said...

yummy..saya baru lepas buat macaroni cheese :p pakai sos prego